Mulakan dengan Bismillah...





 Bismillahirrahmanirrahim...

Akhirnya Kedai Keropok Lekor Suerie Online berjaya juga diriku dan suami siapkan. Tapi masih  banyak lagi dalam progress. Skang ni dan muatkan yang mana bleh aja dulu utk tontonan umum. Nanti Insyaallah akan dikemaskini dari masa ke semasa. Modus operandi kami (mcm polis la plak), nak menjual produk yang sediada kat kedai kami di Bt11 Kuantan tu. Kiranya nak perbesarkan lagi pasaran. Bagi satu Malaysia tahu yang kami ada menjual produk yang bermutu dan yang paling penting SEDAP. Kat kedai di Bt11 mcm2 ada, sebab Family belah suami memang mengusahakan perusahaan keropok lekor,keropok keping dan hasil laut yang lain. Semuanya secara turun temurun lagi. Kalau berkunjung ke Kemaman,kebanyakan pengusaha keropok kat sana adalah sedara mara suami. Ayah mentua buat sesuatu yang lain,buka kedai keropok kat Bt 11 Kuantan (dah banyak kedai kat Kemaman kan..) 

Dulu kedai btl2 depan kem TUDM,tapi sebab ada masalah perebutan tanah di antara tuan tanah yang bagi sewa tempat tu, kedai terpaksa dirobohkan ( sapa yang pernah mkn nasi kerabu Kemira....kedai dulu kat situlah). Sekarang keluarga kami memulakan kedai yang baru di Bt 11 plak. Kalau dari kem TUDM tu jalan je terus sampai jumpa signboard KEROPOK LEKOR. Kedai tu sebaris ngan kedai makan dan sebelum SHELL dan PETRONAS. Jangan terkeliru dengan barisan kedai menjual keropok berdekatan dengan pam minyak PETRONAs tu plak. Sebelum jumpa kedai akan jumpa jgk barisan kedai menjual keropok..(bukan yg tu tau. Kedai kami hanya satu2nya jual keropok dan tidak berjiran ngan penjual keropok lain). Kalau terjumpa kedai tu,jalan depan lagi, selepas traffic light akan jumpalah kedai kami.

Kat kedai macam2 ada. Selain keropok, SATA dan OTAK-OTAK juga ada. Pada sesapa yang tak pernah cuba,memang rugi sebab SATA dan OTAK-OTAK memang SEDAP. Keropok keping plak macam2 rasa ada. Kalau bertandang ke Kuantan, singgahla di kedai kami ni ya...tak rugi mencuba.

Aduhai,penat jugak wat pengenalan pasal kedai ni. Kalau tak kenalkan nanti kengkawan tak tahu plak kan.

Sekarang zaman IT,saya dan suami permudahkan lagi urusan jual beli. Hanya menggunakan Teknologi, Keropok yang anda nak makan akan kami hantar terus ke pintu rumah anda. Dengan cara yang cukup mudah,hanya membuat tempahan kepada kami Pakej2 yang akan kami sediakan. Hanya perlu mengeluarkan sejumlah wang dan kami pasti nilai wang anda akan berbaloi2 dengan kualiti rasa makanan yang kami sediakan.



PRODUK-PRODUK




Keropok Goreng Segera


 Keropok Lekor


Keropok Keping


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Mr.TN_SkY said...

em..macam mana harga kerepok lekor ni? :-)

Post a Comment