Keropok Goreng Segera..

Mesti ramai yang tertanya2, mcm mana keropok goreng segera...sedapke?
Ha skang nak citer skit, keropok goreng segera ni keropok yang dah takpayah rebus bila siap digentel. Terus goreng je...kalau keropok lekor kita bleh makan mcam tu je atau digoreng dulu. Keropok ni suatu cara baru dalam arena keropok ni..hehehe..( arena ya ). Tak banyak kedai keropok ada jual keropok ni. Yang paling istimewa tentang keropok goreng segera ni, ianya lembut bila kita makan. YANG PENTING SEDAP..



Keropok Goreng Segera





Keropok Lekor

Sekiranya keropok goreng segera disimpan di dalam peti dalam masa seminggu,insyaallah masih lagi elok. Biasanya pelanggan yang duduk luar dari kuantan mereka akan minta keropok goreng segera digoreng separuh masak.  Bila nak makan, keropok tu bleh digoreng semula. dan yang penting rasanya tetap sama dan masih lagi lembut.Benda yang sama jugalah kita akan buat pada mereka yang tempah keropok goreng segera ni. Kita akan buat separuh masak, dan apabila anda terima pesanan anda, cuma panaskan kuali dan goreng semula.Dicadangkan goreng minyak dalam skit supaya keropok bleh kembang semula. Dari segi peyimpanan, cuma simpan di dalam peti ais.Bila nak makan ambik goreng..makan masa PANAS, insyaallah SEDAP..pasti nak order lagi...

Ni bukan nak memuji sendiri ya, tapi kebanyakan pelanggan yang pernah mencuba keropok goreng segera ni pasti akan cakap "MEMANG SEDAPLAH" dan mesti "DATANG LAGI" . Sekali beli bukan untuk diri sendiri je,tapi pesanan satu ofis pun ada. Kalau tengok rupa keropok ni macam  pelik skitkan, tapi rasa "SEDAP". Don't judge the book by it's cover ya...cuba dulu baru komen. Kalau masih lagi tidak berpuashati, kami minta maaf. Mungkin produk kami belum dapat memenuhi selera anda. Keropok goreng segera ni kita buat gunakan banyak ikan. So, jangan risau tak sedap la...gerenti puashati. Kalau nak dibandingkan dengan harga yang kami tawarkan,anda masih lagi tidak akan rasa rugi.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Unknown said...

wah sue....tahniah!! dah bukak kedai maya plak ye....caiyok2 ye :)

Post a Comment